MARA dan Kementerian Kesihatan sahut inisiatif Negaraku

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bergambar bersama anggota kesihatan beruniform serta pelajar-pelajar MARA selepas melancarkan Kerjasama Negaraku oleh Kementerian Kesihatan dan MARA di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya di sini hari ini. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Seri Salleh Said Keruak,Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam,Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Chen Chaw Min. – UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

PUTRAJAYA 14 Jun – Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Kementerian Kesihatan menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerapkan semangat cintakan negara dengan memperkenalkan inisiatif Negaraku kepada seluruh kakitangan kedua-dua badan kerajaan itu.

Bersempena itu, Perdana Menteri hari ini menyaksikan majlis pelancaran logo Negaraku Mara dan Kementerian Kesihatan di Bangunan Perdana Putra di sini.

Sebagai simbolik pelancaran Negaraku itu, Perdana Menteri melekatkan logo Negaraku di dua buah bas perkhidmatan milik Mara dan Kementerian Kesihatan.

Mara yang diterajui oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memperkenalkan logo Negaraku kepada semua agensi, institusi pendidikan termasuk perkhidmatan MARA Liner Sdn Bhd selain semua kakitangannya.

Komitmen tersebut turut dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan kepada seluruh warga kementerian termasuk anggota beruniform dengan logo Negaraku akan dipakai pada pakaian seragam masing-masing.

Yang hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam. – UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mara-dan-kementerian-kesihatan-sahut-inisiatif-negaraku-1.493155#ixzz4k1L8YAOT

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.