Sasar 100,000 pengunjung Festival Ramadan Mara

LEBIH 100,000 pengunjung dijangka hadir di Festival Ramadan MARA 2017 di Medan MARA, bermula 22 Mei lalu sehingga 23 Jun ini.

Pengerusi Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, Helmi Yusof berkata, pihaknya menyediakan lebih 70 reruai barangan keperluan aidilfitri disediakan, termasuk bazar Ramadan, Food Court di tingkat dua dengan pelbagai juadah berbuka puasa.

“Ia sekaligus menjadikan bangunan Medan MARA tempat tumpuan orang ramai, selain pihak Surau An Nur mengadakan solat sunat terawih secara berjemaah.

“Festival dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis jemputan tanah air, antaranya Nur Heliza Helmi, Adam Corrie, Atu Zero, Syuk Syj, Mia Sara, Bienda, Azza dan ramai lagi, yang akan bertemu peminat menjelang iftar pada jam 5.30 petang, setiap Sabtu dan Ahad.

“Istimewanya Festival tahun ini, menyediakan hadiah Pakej Umrah untuk dua orang dan, duit raya bernilai sehingga RM10 ribu buat pembeli bertuah dengan syarat paling mudah. Orang ramai dijemput hadir bagi mengambil manfaat pelbagai pengisian menarik yang diadakan sepanjang festival berlangsung,” katanya dalam kenyataan,hari ini.

Menurutnya lagi, konsep Kampung Tradisional dipilih sebagai idea dekorasi bagi menghidupkan suasana kemeriahan festival.

“Acara yang mendapat sokongan penuh Bahagian Infrastruktur Komersial MARA ini juga akan membantu ramai usahawan bumiputera untuk berniaga sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/sasar-100-000-pengunjung-festival-ramadan-MARA-1.684064

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.