Hadiah umrah, duit raya RM10,000

Atu Zero antara selebriti menghiburkan pengunjung di Festival Ramadan MARA.

BERKONSEP Kampung Tradisional, lebih 70 gerai barangan keperluan Aidilfitri menanti pengunjung Festival Ramadan MARA di Medan MARA sehingga 23 Jun ini.

Pengerusi Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia Helmi Yusof berkata, ia bertujuan membantu usahawan Bumiputera berniaga sepanjang Ramadan selain memberi pilihan kepada orang ramai.

Katanya, dengan tema ibadah dihayati, rezeki dikongsi, sebahagian hasil keuntungan penganjuran acara festival itu akan diinfakkan kepada Pusat Kebajikan Dar Ar-Rahman yang membangunkan remaja melalui pendekatan tarbiyah.

“Festival tahun ini juga menyediakan hadiah pakej umrah untuk dua orang dan duit raya bernilai sehingga RM10,000 kepada pembeli bertuah dengan syarat mudah.

“Kita sasarkan 100,000 pengunjung hadir, memeriahkan acara yang berlangsung kerana ia turut diserikan dengan kehadiran pendakwah terkenal.

“Antaranya Ustaz Pahrol Md Joui, Ustaz Muhadir Hj Joll, Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi yang akan mengisi slot Tazkirah Ramadan setiap Isnin hingga Khamis bermula 12.30 hingga 1.30 tengah hari,” katanya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/234990/hadiah-umrah-duit-raya-rm10000

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.