Bantuan NTP ubah kehidupan penjual produk salai

Mohammad Taqdir Sajin menunjukkan produk Sabak Salai yang sedia untuk dipasarkan. – Foto Mohd Amin Jalil

PEDAS: Pengalaman bekerja sebagai penasihat pinjaman peribadi sebuah bank di Subang Jaya, Selangor, mendorong Mohammad Taqdir Sajin mengejar impian untuk bergelar usahawan. Pekerjaan itu memaksanya bekerja keras untuk mengejar komisen.

Walaupun pendapatannya ketika itu baik, pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan itu berfikir  bahawa dia boleh mendapat pendapatan lebih besar dengan berniaga. Tanpa berfikir panjang, Mohammad Taqdir, 28, dia meletakkan jawatan pada 2013 dan berniaga sendiri walaupun menyedari risiko ditanggung juga besar.

“Saya buka gerai burger tepi jalan di Cheras dengan meminjam gerai rakan. Selepas berniaga kira-kira tiga bulan, bapa, Sajin Moosthapha, 64, memujuk supaya pulang ke Kampung Kundur Hulu, Pedas di Rembau, untuk membantu penternakan ayam kampungnya. Cetusan idea bapa “Menjual produk salai adalah cetusan idea bapa saya ketika dia sedang membuat sabak, iaitu tempat menyalai daging, ikan keli, ayam kampung, itik dan burung puyuh.

“Saya agak ragu-ragu dengan idea itu kerana tiada siapa dalam keluarga pernah berniaga dan tahu membuat produk salai,” katanya ditemui di Sabak Salai Negeri Sembilan, iaitu premis menempatkan kedai makan dan kemudahan membuat produk salai di sini.   Memikirkan kekurangannya, Mohammad Taqdir belajar selok belok membuat daging salai dengan seorang pengusaha  di Kuala Pilah, dan bersama bapanya, membuka gerai jualan bersebelahan rumah. Perniagaan semakin maju

“Pada peringkat awal, memang sangat mencabar kerana hendak dapat RM20 sehari pun susah. Bagaimanapun selepas tiga bulan, perniagaan meningkat, sekali gus menguatkan semangat saya untuk berjaya,” katanya.

Beliau berkata, perniagaan produk salai mendapat lonjakan besar selepas mendapat pelbagai bantuan Majlis Amanah Rakyat (MARA) termasuk promosi produknya. Pada tahun kedua berniaga, hasil jualannya mencecah kira-kira RM4,000 sehari tidak termasuk jualan dalam talian.

“Saya amat berterima kasih kerana Program Transformasi Nasional (NTP) yang banyak menyumbang kepada kejayaan saya melalui bimbingan dan bantuan agensi kerajaan seperti MARA,” katanya.

Beliau kini merancang mengembangkan perniagaannya untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung, selain menawarkan kepada pelajar universiti untuk melakukan latihan industri di Sabak Salai.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/288777?m=1

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.