3 pelatih IKM terima anugerah grafik

SUNGAI PETANI 23 Mei – Seramai tiga daripada 12 pelatih tahun akhir jurusan grafik di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani menerima anugerah masing-masing sempena Program Graphic Design Showcase 2017 di Mydin Mall Taman Batik di sini baru-baru ini.

Urusetia program itu, Khairul Izwan Isa berkata, pe­nganjuran aktiviti itu adalah bagi mem­pa­merkan hasil cipta pe­latih tahun akhir dalam jurusan grafik.

“Setiap karya yang diha­silkan oleh pelatih adalah unik, kre­atif dan berkualiti. Selain itu, produk yang dihasilkan ini boleh masuk pasaran tempatan jika ia dikendalikan dengan lebih serius sebelum tempahan dalam kalangan orang ra­mai.

“Dalam pada itu, menerusi pro­gram ini kita juga turut me­nga­dakan pelbagai aktiviti ter­masuk per­tandingan mewar­na kategori kanak-kanak bawah enam tahun, 12 tahun dan terbuka,” katanya di sini.

Sementara itu, Mohd. Rasydan Akif Mohd. Sawti, 20, dari Kota Bharu, Kelantan berkata, dia tidak menyangka terpilih sebagai penerima Anugerah Rekaan Terbaik pada tahun ini kerana merasakan banyak rekaan pelatih lain juga kreatif dan unik.

“Ini adalah kenangan ma­­nis buat saya dan diharapkan anu­gerah ini menjadi pendo­rong untuk menghasilkan le­bih­ banyak rekaan menarik dan kre­atif bagi merealisasikan impi­an sebagai se­orang pereka,” katanya.

Mohamad Faizal Musa, 20, dari Baling berkata, perhatian serius diberikan tanpa jemu selama dua minggu, sebelum dia dipilih sebagai penerima Anugerah Persembahan Terbaik.

“Mungkin ini re­zeki saya me­nerima anugerah ini dan rancangan saya se­­lepas ini adalah un­tuk menyambung pe­nga­jian di tahap lebih tinggi untuk lebih maju dalam bidang grafik,” katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/3-pelatih-ikm-terima-anugerah-grafik-1.485366#ixzz4hxPxMSww

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.