Presiden Pelajar UNIKL Panel Terbaik Diskusi Negaraku Peringkat WP

Mohd Syazwan Suhaimi

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Presiden Persatuan Pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Mohd Syazwan Suhaimi muncul sebagai panel terbaik Diskusi Negaraku Berparlimen Dan Raja Berperlembagaan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) yang diadakan di Dewan Bestari UniKL, di sini.

Kejayaan Mohd Syazwan,22, pelajar tahun ketiga Institut Teknologi Maklumat Malaysia (MITT) UniKL ini lebih bermakna apabila kumpulan beliau, Che Kuntom yang mengupas topik ‘Jati Diri Mempertahankan Demokrasi Berparlimen’ dipilih sebagai kumpulan terbaik.

Diskusi Negaraku ini melibatkan empat (4) kumpulan di mana ahlinya terdiri daripada penuntut UniKL dan dikendalikan oleh Sakimin Ahmad, Pegawai Jabatan Penerangan Malaysia sebagai moderator bersama Muhammad Izmer Yusof dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebagai pakar rujuk.

Dialog ilmiah yang bertemakan ‘Demokrasi Berparlimen’ ini merupakan salah satu pendekatan Kerajaan dalam menyediakan sebuah platform perkongsian suara golongan belia yang merupakan pencetus aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Program anjuran Jabatan Penerangan WPKL dengan kerjasama UniKL ini telah dirasmikan oleh wakil Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Roselindawati Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik, KKMM.

Di samping itu, beliau juga menyampaikan sumbangan titik sentuhan kepada lima (5) orang penuntut UniKL.

Turut hadir di program ialah Prof. Dato´ Dr. Khairanum Subari, Timbalan Presiden UniKL, Mohd Taib Ubah, Pengarah Penerangan WPKL dan Prof. Madya Dr. Zalizah Awang Long, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar UniKL.

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1357358

This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.