A Man with FIRE – Jutawan Dermawan Yayasan Hj Zainal

Dato’ Zainal (dua dari kiri) bersama kakitangan MIX Target Sdn. Bhd.

Oleh : Mr. Ihfan
media@mara.gov.my

“Sangat menghormati masa itulah jika boleh dikatakan tokoh ini secara ringkas. “Jika staf mula bekerja pada pukul 8.30 pagi, sebagai pemilik syarikat sebaiknya telah ada di ofis pada jam 7.00 pagi. Jika anak buah telah pulang pada jam 7.00 malam, dan sebagai ‘towkey’ kenalah balik paling lewat, sekitar pada jam 9.00 mlm.”

DATO’ ZAINAL ABIDIN BIN MAMAT
PENGARAH URUSAN • MIX TARGET (M) SDN BHD
IKM LUMUT • 1979-81 (SIJIL TEKNOLOGI LUKISAN JENTERA)

Dilahirkan dalam keluarga seorang penoreh getah, tidak pernah menghalang cita-cita seorang anak kecil bernama Zainal Abidin Bin Mamat untuk berjaya. Dengan berbekalkan semangat kental beliau memulakan pengajian dalam jurusan Lukisan Rekabentuk di IKM Lumut dari tahun 1979 hingga 1981. Memulakan langkah pertama kerjayanya dalam bidang teknikal dengan menyertai Zaidun Leeng Sdn. Bhd., beliau kemudiannya beralih ke syarikat Ranhill pada tahun 1983 seterusnya Krisi JV Mc Doel pada tahun 1992.

Berkat kesabaran dan sikap yang tidak pernah putus asa, akhirnya beliau telah diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan Pengurus Projek untuk projek Petronas GPF. Namun dirinya masih merasakan belum berpuas hati kerana ada hajatnya yang belum tertunai. Berbekalkan modal permulaan sebanyak RM25 000. Beliau mengorak langkah menubuhkan syarikat Mixtarget (M) Sdn Bhd yang membekalkan peralatan minyak dan gas. Walaupun sehingga kini beliau telah berjaya bergelar jutawan namun sikap tidak kenal putus asa agar menjadi contoh kepada anak muda terutama yang bekerja di syarikatnya yang mana bilangan pekerja yang bekerja di Mixtarget (M) Sdn Bhd adalah seramai 8 orang pekerja tetap dan 30 orang pekerja kontrak.

Menceritakan tentang rahsia kejayaannya, menjaga hubungan yang baik dengan pelanggan merupakan faktor penting di dalam perniagaan namun integriti adalah kunci kejayaan yang perlu diutamakan. Menjadikan Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad dan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari sebagai idola, beliau juga bercita-cita untuk menjejaki legasi seperti mereka.

Beliau juga berterima kasih kepada MARA dalam menjadi platform pertama yang memberikan nafas pertama kepada beliau untuk belajar erti kehidupan dan menimba ilmu serta kemahiran yang digunapakai sehinggalah beliau Berjaya mengubah kehidupannya yang biasa kepada luar biasa. Sesungguhnya, kehidupan mengutip ilmu pada jejak yang pertama di IKM itu adalah detik paling manis didalam perjalanan kehidupan
beliau.

Dato Haji Zainal Abidin Bin Mamat terus disegani dan dihormati dikalangan sahabat mahupun pesaing di dalam bidang perniagaan. Setelah lebih 30 tahun di dalam bidang perniagaan beliau merasakan telah sampai waktu untuk beliau mencurahkan bakti kembali ke dalam komuniti MARA dan komuniti kemahiran MARA. Pengalaman yang luas di dalam bidang minyak dan gas, alat pemadam kebakaran dan perniagaan hiliran lain telah bersedia untuk dikongsi.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan, Usahawan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.