[VIDEO] Pelajar MRSM menang emas, gangsa di Infomatrix Romania

Pelajar-pelajar MRSM, dari kiri, Muhammad Khalis Irfan Khairudin, Amir Hazim Zulhazmi, Muhamad Faris dan Muhamad Sohail Lal yang memenangi satu pingat emas dan satu pingat gangsa di pertandingan Infomatrix di Bucharest, Romania baru-baru ini selamat tiba di KLIA, hari ini.

SEPANG 2 Mei – Empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya membawa pulang satu pingat emas dan satu gangsa dalam Pertandingan Projek Informatik Antarabangsa (Infomatrix) di Bucharest, Romania baru-baru ini.

Dua pelajar MRSM Kubang Pasu iaitu Amir Hazim Zulhazmi,16, dan Muhammad Khalis Irfan Khairudin, 16, merangkul pingat emas dalam kategori filem pendek menerusi karya bertajuk ‘The Lost’.

Pingat gangsa pula disumbangkan pasukan dari MRSM Langkawi iaitu Muhamad Sohail Lal Lal Muhamad, 16, dan Muhamad Faris Izzuddin Mat Rodzi, 16, dalam kategori robotik menerusi robot mereka bergelar ‘Mini Sumo’.

Kepulangan pelajar-pelajar terbabit daripada pertandingan yang berlangsung dari 27 April hingga 1 Mei lalu itu disambut oleh Timbalan Pengarah Kokurikulum, Bahagian Pendidikan Menengah Mara, Shahrizal Mohd. Saderi, warga Mara dan ahli keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Sumber : http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/video-pelajar-mrsm-menang-emas-gangsa-di-infomatrix-romania-1.476654#ixzz4fyIWNngS

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.