Perkenal produk aplikasi digital

Ahmad Jazlan (tiga, kiri) dan Nazim (dua, kiri) pada Majlis Pra Sambutan 50 Tahun Pelaburan Mara dan Pelancaran PMB Analytics.

PELABURAN MARA Berhad (Pelaburan Mara), firma kewangan dan pelaburan milik penuh Majlis Amanah Rakyat (Mara), mempelbagaikan rangkaian perniagaannya menerusi anak syarikat baharunya, PMB Analytics Sdn Bhd (PMB Analytics).

PMB Analytics akan menawarkan perkhidmatan data pelaburan di pasaran Malaysia dan Asean.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Nazim Rahman berkata, bagi tujuan itu, Pelaburan MARA menjalin kerjasama dengan Dorsey Wright & Associates (DWA), syarikat milik Nasdaq Inc, berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), yang berpengalaman luas dalam industri perkhidmatan data pelaburan lebih 30 tahun.

“PMB Analytics akan memperkenal dan mempromosi model pelaburan DWA secara aktif kepada pelanggan korporat dan institusi kewangan, selain merancang memperkenalkan produk aplikasi digital bagi memenuhi keperluan-keperluan pelabur runcit,” katanya pada Majlis Pra Sambutan 50 Tahun Pelaburan Mara dan Pelancaran PMB Analytics di Kuala Lumpur, kelmarin.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Nazim berkata, menjelang 2020, PMB Analytics bercadang untuk memasuki pasaran China, India, Australia dan New Zealand.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/perkenal-produk-aplikasi-digital-1.666533

Advertisements
This entry was posted in Pelaburan and tagged . Bookmark the permalink.