MARA Peruntuk RM1.2 Juta Untuk Latih Usahawan

Mohd. Fakharadzi Idris (dua dari kiri) merasmikan Hari Keusahawanan KUKB di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

KOTA BHARU 23 April – Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta untuk program latihan keusahawan di negeri ini pada tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Mara negeri, Mohd. Fakharadzi Idris berkata, program itu akan dimanfaatkan oleh 1,000 usahawan sama ada yang sudah berniaga mahupun mereka yang baharu memulakan perniagaan.

Beliau berkata, pihaknya akan memberikan latihan secara berterusan bagi memba­ngunkan perniagaan masing-masing.

“Kita akan menyediakan latihan kepada peserta bermula dari program motivasi diri sehingga pemasaran produk dan perniagaan ke pasaran luar negara.

“Setakat ini, kita sudah menjalankan empat program termasuk seminar yang melibatkan 300 peserta. Kita yakin dapat membantu lebih 1,000 usahawan di Kelantan,” kata­nya selepas merasmikan Hari Keusahawanan Kolej Uniti Kota Bharu (KUKB) di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi KUKB, Mohd. Shaharom Azmin dan Pengarah Hari Keusahawanan KUKB 2017, Muhammad Aniq El Qazwiny Muhammad Ashri.

Pada majlis tersebut, seramai 200 pelajar tahun akhir terlibat secara langsung dengan membuka gerai jualan makanan serta pakaian yang bermula pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Dalam pada itu, Mohd. Fakharadzi berkata, latihan ke­­usahawanan itu juga turut membuka peluang kepada pe­lajar institut pengajian tinggi (IPT) yang sudah berjinak dalam keusahawanan.

“Kita amat menyokong pelajar IPT terlibat dengan keusahawanan dan usaha yang dibuat oleh KUKB dengan menganjurkan Hari Keusahawanan adalah satu langkah terbaik.

“Menerusi program sedemi­kian, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan ilmu keusahawanan,” katanya.

Sumber : http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/mara-peruntuk-rm1-2-juta-untuk-latih-usahawan-1.472839

Advertisements
This entry was posted in Usahawan and tagged . Bookmark the permalink.
%d bloggers like this: