Bangga Lulusan KKTM Mampu Jana Pendapatan Sendiri

Pelajar KKTM Pasir Mas menerangkan inovasi meja perniagaan yang dicipta.

RANTAU PANJANG – Seramai 148 pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas mencatatkan keputusan cemerlang bagi sesi Julai hingga Disember tahun lalu.

Pengarahnya, Hambali Ahmad berkata, pihaknya turut berbangga apabila seorang pelajar, Mohd Zakhwan Mohd Zin berjaya mengaplikasikan ilmu diterima dalam perniagaan dalam talian diuruskannya.

Menurutnya, pelajar ini mampu menjana pendapatan melalui perniagaan sehingga ratusan ribu ringgit.

“Kemahiran inilah yang kita mahu, anak muda tidak mengehadkan bakat dikurniakan sebaliknya mengambil peluang melalui pelbagai kaedah,” katanya selepas Majlis Kecemerlangan Pelajar Sesi Julai Disember 2016, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Selain itu Hambali berkata, seramai 37 pelajar berjaya menyiapkan 17 projek sehingga memenangi pelbagai pertandingan antaranya ‘citex, I compex dan UTM bridge’.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/bangga-lulusan-kktm-mampu-jana-pendapatan-sendiri-1.663811

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan and tagged , . Bookmark the permalink.