11 Pelajar MRSM Taiping Hidap Batuk Kering

Dr. Mah (depan) sedang meninjau bilik asrama lelaki dalam lawatan beliau ke dalam di MRSM Taiping, di sini hari ini.

TAIPING 19 April – Seramai 11 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping di sini dikesan menghidap penyakit tuberculosis (Tibi) atau batuk kering sejak Jun tahun lalu sehingga bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, bagaimanapun keadaan kesemua pelajar berusia 17 tahun itu beransur pulih dengan seorang daripadanya telah menamatkan rawatan sehingga sembuh.

“Daripada 11 kes yang dilaporkan, lapan kes melibatkan pelajar lelaki dan tiga kes pula membabitkan pelajar perempuan.

“Kes pertama dikesan pada Jun tahun lalu setelah pelajar lelaki terbabit mengalami batuk berdarah sebelum disahkan menghidap penyakit tersebut pada 18 Ogos tahun sama.

“Kes terbaharu yang direkodkan pula pada 4 April lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke sekolah itu hari ini.

Sumber : https://www.utusan.com.my/berita/nasional/11-pelajar-mrsm-taiping-hidap-batuk-kering-1.471361

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain and tagged , . Bookmark the permalink.
%d bloggers like this: