Tingkat hasil jualan

Ismail merasmikan gimik perasmian sempena majlis perasmian Bazar MARA Semenyih.

Semenyih: “Dulu saya hanya berniaga di pasar tani atau mengadakan jualan car boot, namun kini bazar yang dibangunkan semula di Semenyih memudahkan segala perniagaan,” kata peniaga pakaian dan aksesori wanita, Abu Kasim Chik, 50.

Katanya, hasil jualan juga meningkat dua kali ganda setiap bulan apabila pembangunan semula bazar Majlis Amanah Rakyat (MARA) Semenyih.

“Keadaan bazar yang cantik dan teratur menarik ramai pelanggan dan perkara itu memberi manfaat kepada peniaga. Selain itu, sewa di sini juga murah.
“Sejak menjalankan perniagaan di sini November tahun lalu, saya memperoleh pendapatan lebih RM5,000 sebulan,” katanya selepas perasmian Bazar MARA Semenyih di sini, semalam oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Ismail Sabri, MARA menyasarkan 10,000 lot perniagaan menjelang 2050 dalam usaha membantu meningkatkan ekonomi Melayu dan Bumiputera.
Katanya, pembinaan infrastruktur itu sudah tentu memberi manfaat kepada usahawan kecil serta sederhana menjalankan perniagaan.

“Menerusi 500 projek merangkumi 160 bazar, 129 arked, 184 lot komersial, 21 Kompleks Industri Mara dan enam Taman Industri Halal 7,228 lot perniagaan di seluruh negara dapat disediakan sehingga kini.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/221339

Advertisements
This entry was posted in Usahawan and tagged . Bookmark the permalink.