MARA Liner Memperkasakan Jaringan Perkhidmatan Bas Luar Bandar

Upacara memotong riben sebagai simbolik perasmian bas baharu MARALiner oleh YB Dato’ Seri Ismail Sabri, Menteri KKLW – Foto oleh Tarmizi (BTKM)

Kuala Lumpur, 14 April – Dalam usaha meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar, MARA menerusi MARA Liner Sdn Bhd telah melancarkan sebanyak 2 buah bas baru yang dinikmati oleh penduduk di sekitar Negeri Pahang Darul Makmur.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, YB Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, kedua-dua bas ini akan beroperasi di laluan Muadzam Shah-Bera-Temerloh dan dijangkakan akan memberi manfaat kepada lebih 12,000 orang penumpang yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dan masyarakat setempat.

“Bagi laluan ke Bera pula, antara laluan yang akan dilalui ialah Felda Kota Bahagia, Felda Sebertak, Felda Sementi, Felda Rentam dan sepanjang laluan ke Temerloh,” tambah beliau.

Ismail menambah sehingga kini, sebanyak 198 buah Bas Luar Bandar telah diperuntukkan bagi program Kenderaan Bas MARA di bawah RMK Ke-11 dan ianya telah berkhidmat kepada 1.6 juta penumpang setiap tahun melalui 83 buah laluan di kawasan-kawasan luar bandar seluruh semenanjung Malaysia.

“Kerajaan berharap Bas Luar Bandar ini dapat meningkatkan keupayaan mobility penduduk luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan yang akan memudahkan urusan harian bagi jaringan rangkaian luar bandar,” ulas beliau.

Advertisements
This entry was posted in Pelaburan and tagged . Bookmark the permalink.