Bazar MARA Semenyih – Tranformasi Premis Luar Bandar

Datuk Seri Ismail Sabri beramah mesra bersama salah seorang penyewa di premis Bazar MARA Semenyih. -Foto Rahizul Zulhim

Semenyih, 13 April – Dalam meralisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Program Transformasi Luar Bandar sebagai salah satu agenda utama, Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini telah merasmikan Bazar MARA Semenyih yang telah diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian masa kini, sekaligus membuktikan komitmen berterusan agensi itu terhadap pembangunan luar bandar.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, YB Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, program Transformasi Premis Luar Bandar MARA memberi fokus kepada 3 (tiga) pendekatan iaitu membina bangunan baru di tanah sedia ada, merobohkan dan membina semula bangunan baru di tapak tersebut dan melakukan peningkatan imej dengan memberi wajah baru kepada bangunan sedia ada.

“Kesemua ini merupakan inisiatif kerajaan melalui MARA dengan memperuntukkan lebih RM130 juta untuk tempoh Rancangan Malaysia ke-11 (2016 – 2020), mengambil Bazar Semenyih sebagai contoh dimana sejumlah 14 lot di dalam premis tersebut tetapi ianya memberi manfaat dari segi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat” katanya.

Ismail menambah, hampir seramai 85% penyewa merupakan penduduk tempatan malah kadar sewa yang ditawarkan juga sangat minima berbanding kadar sewa pasaran, MARA juga berharap dalam jumlah usahawan yang akan mendapat manfaat daripada pembangunan bazar ini adalah lebih dari itu.

“Untuk merancakkan lagi aktiviti perniagaan di sini, pelbagai kiosk boleh diwujudkan di sekitar bangunan untuk membolehkan lebih banyak peluang diberi kepada usahawan setempat untuk menjalankan perniagaan di bazar ini katanya”ulas beliau.

Ismail turut berkata, Bazar MARA Semenyih yang berwajah baharu ini telah beroperasi sejak September 2016 dengan menawarkan pelbagai jenis perniagaan seperti barbershop, kedai pakaian & jubah, kedai makan, pejabat insurans, kedai buku, kedai kasut dan kedai jualan peralatan IT termasuk telefon.

“Bagi memastikan lebih ramai usahawan Bumiputera mempunyai tempat untuk menjalankan perniagaan, MARA mensasarkan peningkatan lot perniagaan sebanyak 10,000 lot menjelang tahun 2050 sekali gus membuka lebih banyak rantaian perniagaan di samping mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar,”katanya.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Borhan Dolah, Pengerusi Sementara MARA Datuk Dr. Haji Yusof Haji Yacob, Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih yang juga Ahli Majlis MARA YB Datuk Johan Abd Aziz serta Pengursan MARA.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain and tagged , . Bookmark the permalink.