MARA sasar tambahan 10,000 lot perniagaan menjelang 2050

ISMAIL SABRI YAAKOB

KUALA LUMPUR 13 April – Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan pertambahan sebanyak 10,000 lot perniagaan bagi membantu lebih ramai usahawan bumiputera menjelang tahun 2050.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini Mara telah berjaya menyediakan sebanyak 7,228 lot perniagaan di seluruh negara.

“Lot-lot perniagaan itu adalah daripada 500 projek merangkumi 160 bazar, 129 arked, 184 lot komersial, 21 buah Kompleks Industri Mara (KIM) dan enam taman industri halal,” katanya ketika berucap dan merasmikan Bazar Mara Semenyih, Hulu Langat di sini hari ini.

Jelasnya, usaha tersebut telah mewujudkan lebih 7,000 peluang perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana serta mencipta peluang pekerjaan kepada lebih 30,000 orang. – UTUSAN ONLINE

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.