Lima MRSM Ulul Albab Baharu

Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Konvensyen Ulul Albab MRSM.

Kuala Lumpur: Kerajaan memperuntukkan RM600 juta untuk membina lima MRSM Ulul Albab baharu di seluruh negara dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, MRSM Ulul Albab terbabit akan dibina di Semporna, Sabah; Bagan Datuk, Perak; Ketereh, Kelantan; Bera, Pahang dan Sik, Kedah.

“Saya akan bantu sedaya upaya untuk terjemahkannya.

“MRSM Ulul Albab akan jadi pemacu kepada pembangunan umat,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Ulul Albab MRSM di sini, malam ini.

Program Ulul Albab mula diwujudkan di MRSM Kota Putra, Terengganu pada 2009 diikuti MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan (2010); MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang (2011) dan MRSM Sungai Besar, Selangor (2016).

Selepas tujuh tahun program itu dilaksanakan di MRSM Ulul Albab, MARA berjaya melahirkan 1,164 hafiz dengan MRSM Kota Putra sebanyak empat kohort, MRSM Gemencheh (tiga kohort) dan MRSM Kepala Batas (dua kohort).

Sumber : https://www.hmetro.com.my/node/220421

 

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , , . Bookmark the permalink.