KKLW Tawar JKKK Peluang Sambung PhD

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menawarkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negara peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang tadbir urus desa.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya telah meminta kerjasama daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menyediakan modul dan infrastruktur yang lengkap bagi kursus tersebut.

“Buat masa ini, lebih 16,000 JKKK akan dihantar secara berperingkat untuk menghadiri kursus intensif selama tiga hari bagi mengikuti program Sijil Tadbir Urus Desa Infra-UniKL di seluruh negara.

“Namun, jika mereka berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini ke peringkat diploma hingga doktor falsafah, kita sediakan peluang itu di UniKL,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan KKLW di sini hari ini.

Tambah beliau, KKLW sudah membelanjakan sebanyak RM3.5 juta ke atas seramai 3,500 JKKK untuk menghadiri program sijil berkenaan.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain and tagged , , . Bookmark the permalink.