4,800 Belajar Di Institusi Pendidikan MARA Tahun Lepas – Awang Tengah

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Kemudahan Awam dan Pembangunan Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua, kanan) tertarik dengan model penapis air sebesar botol air mineral yang dihasilkan oleh pelajar Muhammad Asyraf Jafer Sadig dan Nazrul Aizat Nur Ashriel (kiri) pada perasmian Karnival Pendidikan MARA 2017 di Pusat membeli belah The Hill hari ini.
— fotoBERNAMA (2017)

KUCHING, 30 Mac (Bernama) — Kira-kira 4,800 pelajar Sarawak menuntut di pelbagai institut pendidikan MARA (dari peringkat sekolah menengah hingga pengajian tinggi) tahun lepas.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dalam dekad lepas, kira-kira 7,200 pelajar tempatan mendapat biasiswa pendidikan MARA untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

Beliau memberi perangkaan itu ketika merasmikan Karnival Pendidikan Tahunan Mara peringkat negeri selama dua hari, yang bermula di sini hari ini.

Katanya, selain sebuah kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan tiga Maktab Rendah Sains MARA, Sarawak juga mempunyai dua Institut Kemahiran MARA dan 30 Pusat GiatMARA.

“Dengan wujudnya kemudahan serba lengkap itu di negeri ini, belia kita patut menggunakan semua itu dengan sepenuhnya untuk memperoleh kelayakan akademik lebih tinggi serta kemahiran teknikal dan vokasional dalam pelbagai bidang,” kata beliau.

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?cat=srm&id=1343101

 

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.