MRSM Baling Menjadi

Pesilat MRSM Baling bersama jurulatih bergambar kenangan.

Pengkalan Chepa: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Baling, Kedah memperoleh satu pingat perak kategori Kelas C Putri, pingat gangsa Kelas C Putra dan menduduki tempat keempat kategori silat seni tari solo, silat seni tempur pada Kejohanan Pencak Silat MRSM Se-Malaysia kali-14 di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan, baru-baru ini.

MRSM Baling mempertaruhkan lapan pesilat iaitu Muhammad Azmeer Azman, Lieya Nur Irdina Ruzaini, Nur Nadia Erisya Ezri Romel, Nadia Syazana Nasmizariman, Umar Shamsul Azran, Umair Othman, Muhammad Ghazali Muhammad Sabri dan Nur Diyana Rosnan.

Mereka diiringi ketua kontinjen Mohammad Najib Abdul Halim, jurulatih Shahiran Mohamad Ali dan Nor Mohamad Azli Mustapha.

Jurulatih MRSM Baling, Shahiran berkata, biarpun pesilat tidak dapat memungut pingat emas, beliau tetap berpuas hati dengan kejayaan memperoleh pingat perak dan gangsa.

“Berkat beberapa sesi latihan sebelum kejohanan, kami membuktikan MRSM Baling tidak ketandusan pesilat berbakat dan berpotensi ke peringkat lebih tinggi.

“Kami bersyukur dan berterima kasih kepada semua atlet dan pegawai pengiring kerana memberi komitmen tinggi dalam usaha memartabat silat olahraga,” katanya.

Sebanyak 48 buah MRSM seluruh negara menyertai kejohanan itu yang dihos MRSM Pangkalan Chepa, Kelantan.

Dua kategori dipertandingkan iaitu silat seni dan silat olahraga.

Tahun lalu, kejohanan itu diadakan di MRSM Kuala Kangsar, Perak membabitkan 46 buah MRSM seluruh negara.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/216765

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan and tagged , . Bookmark the permalink.