T7 Global, M-AeroTech Meterai Perjanjian Induk

KUALA LUMPUR: T7 Aero Sdn Bhd, unit milik penuh T7 Global Bhd, memeterai Perjanjian Induk dengan MARA Aerospace & Technologies Sdn Bhd (M-AeroTech).

T7 Global, dalam satu kenyataan, menyatakan di bawah Perjanjian Induk itu kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam pembangunan modal insan bagi pemulihan logam dan aktiviti pembuatan bernilai tinggi dalam industri aeroangkasa dan teknologi tinggi lain.

“Kerjasama ini adalah bagi memastikan penyediaan juruteknik dan jurutera mahir yang mencukupi untuk menyokong aktiviti T7 Aero menerusi aksesnya ke institusi akademik dan latihan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Perkongsian itu juga merangkumi bidang kerjasama lain dalam rawatan logam, termasuk pembangunan rantaian bekalan, inovasi dan penyelidikan dan teknologi,” kata T7 Global.

T7 sebelum ini dikenali sebagai Tanjung Offshore Bhd.

Permeteraian perjanjian itu diadakan bersempena dengan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 di Langkawi, Kedah.

Perjanjian Induk bertempoh setahun itu boleh dilanjutkan bagi tempoh yang lebih panjang.

M-AeroTech, milik penuh MARA, merancang dan memacu pelaksanaan projek aeroangkasanya.

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/262507

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain and tagged . Bookmark the permalink.