Usahawan Diseru Lebih Berani Tembusi Pasaran Luar

Dato’ Sri Ismail Sabri menyeru para usahawan agar sentiasa meletakkan sasaran menembusi pasaran antarabangsa.

KUALA LUMPUR: Produk dan perkhidmatan usahawan di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berpotensi besar menembusi pasaran luar, terutama rantau Asia.

Purata 40 peratus penduduk, terutamanya membabitkan negara Asia, terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana yang bersesuaian dengan hasil produk yang ditawarkan.

Usahawan juga tidak perlu bimbang mengenai dana untuk mengembangkan perniagaan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bercakap pada Majlis Anugerah Usahawan MARA di ibu negara pada Khamis, Dato’ Sri Ismail Sabri menyeru para usahawan agar sentiasa meletakkan sasaran menembusi pasaran antarabangsa.

Sejak penubuhannya 50 tahun lalu, MARA telah melahirkan lebih sejuta usahawan dengan jumlah modal pusingan ganti sebanyak RM2.5 billion.

Ia sekaligus menyumbang kepada pembentukan 70 peratus masyarakat kelas menengah Bumiputera.

Sumber dari : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/usahawan-diseru-lebih-berani-tembusi-pasaran-luar-135794

Advertisements
This entry was posted in Usahawan and tagged , . Bookmark the permalink.