KKM, MARA tingkat kawalan makanan

hilmiyahya.jpg.transformed

TIMBALAN Menteri Kesihatan, Dato Seri Hilmi Haji Yahya. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan taraf kawalan keselamatan dan kualiti makanan di negara ini, hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Seri Hilmi Haji Yahya, berkata kerjasama antara dua agensi ini merangkumi pensijilan keselamatan makanan, termasuk pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) dan skim perundingan program Jaminan Keselamatan makanan,

“Dengan gabungan kepakaran dan latihan KMM bersama keupayaan fasiliti MARA, kami yakin kerjasama ini akan memberi impak besar kepada industri makanan di negara ini,” katanya ketika berucap di majlis MOU itu di sini, petang tadi.

Perjanjian itu ditandatangani Hilmi dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.

Beliau berkata, kerjasama yang bermula tahun ini itu akan diterajui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) KKM.

MARA yakin dengan meningkatkan mutu keselamatan dan kualiti makanan, usahawan dan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mampu berdaya saing dalam pasaran global.

Selain itu, ia juga mampu melahirkan kumpulan perunding keselamatan makanan yang profesional terutama melalui latihan yang diberikan kepada pelajar Universiti Kuala Lumpur (UNiKL).

“Dalam konteks ini, kita mahukan semua premis usahawan dan kilang-kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) MARA yang terbabit dalam industri makanan dapat sekurang-kurangnya menepati piawaian BeSS.

“Begitu juga dengan kantin-kantin sekolah seperti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), diharap dapat menyediakan makanan yang berkualiti untuk pelajar,” kata Ibrahim.

Sumber : https://www.bharian.com.my/node/257502?m=1

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.