23 Artifak Islam Dipamer

Ismail Abdullah (tiga kanan) bersama pengetua MRSM Pengkalan Chepa, Abdul Aziz Baba (dua kiri) melihat pedang pameran selepas merasmikan Karnival Kesenian, Kebudayaan dan Keusahawanan 2017 di MRSM Pengakalan Chepa - Foto Faris Zainuldin

Ismail Abdullah (tiga kanan) bersama pengetua MRSM Pengkalan Chepa, Abdul Aziz Baba (dua kiri) melihat pedang pameran selepas merasmikan Karnival Kesenian, Kebudayaan dan Keusahawanan 2017 di MRSM Pengakalan Chepa – Foto Faris Zainuldin

KOTA BHARU: Sebanyak 23 artifak Islam termasuk senjata peperangan berusia 1,400 tahun dipamerkan di Karnival Kesenian, Kebudayaan Islam dan Keusahawanan 2017.

Bertempat di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Chepa, di sini, karnival julung kali diadakan itu berlangsung selama lima hari bermula hari ini sehingga Khamis ini.

Selain pameran artifak, pelbagai acara lain diisi sepanjang karnival antaranya Bicara Mufti, pameran dan demonstrasi kraftangan, aktiviti memanah, pertandingan nasyid, pidato, pameran arkib serta aktiviti jualan.

Pengetua MRSM Pengkalan Chepa, Abdul Aziz Baba, berkata penganjuran program itu adalah untuk menzahirkan tema MRSM iaitu Generasi Islamik, Quranik dan Sistematik Pemangkin Kemajuan Ummah.

“Objektif utama adalah bagi melihat bakat kepemimpinan di kalangan pelajar kerana semua aturcara program diuruskan pelajar.

“Selain itu ia untuk melahirkan individu yang cintakan Rasulullah SAW dan sunnah Baginda serta memartabatkan sejarah kegemilangan Islam,” katanya ketika sidang media di sini, sebentar tadi.

Antara artifak yang dipamer adalah Pedang Saidina Umar al -Khatab, Saidina Abu Bakar al-Sidiq , Saidina Hamzah dan Khalid Al Walid; duit emas Raja Melayu Islam Nusantara; pinggan yang ditulis ayat al-Quran pada kurun ke-11; beberapa kitab tulisan tangan; jam matahari; peralatan penulisan serta pembedahan zaman kegemilangan Islam yang disediakan oleh syarikat Dubaiz Islamic Concept Sdn Bhd.

Karnival yang mengenakan bayaran tiket RM5 untuk pelajar dan RM10 untuk dewasa itu dilancarkan oleh Pengarah MARA negeri Kelantan, Ismail Abdullah.

Sumber dari : https://www.bharian.com.my/node/256237

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.