MARA Health Family Fun Run & Ride 2k17 Disambut Meriah

Pelepasan larian oleh Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.

Pelepasan larian oleh Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.

oleh Muhd Fadhly Hamzah
media@mara.gov.my

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Hampir 1000 warga MARA dan orang ramai memeriahkan Program MARA Health Family Fun Run & Ride 2k17 anjuran Kesatuan Kebangsaan Kakitangan MARA (KEKAM) dengan kerjasama Kelab Sukan & Rekreasi MARA (KSRM), MARA Cycling Club (MCC) dan CUEPACS Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad yang turut menyertai senaman sebelum acara dimulakan.

Bermula di Jalan MARA, acara larian dibahagikan kepada dua kategori iaitu larian individu dan keluarga sejauh 7 kilometer.

Turut dianjurkan adalah acara berbasikal yang mana sebanyak 51 buah penunggang basikal telah dilepaskan sebagai simbolik Sambutan 51 tahun MARA.

Simbolik Sambutan 51 Tahun MARA melalui pelepasan 51 buah basikal peserta MARA Health Family Fun & Ride 2k17

Simbolik Sambutan 51 Tahun MARA melalui pelepasan 51 buah basikal peserta MARA Health Family Fun & Ride 2k17. Foto – Zaki (BTKM)

Antara objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga  MARA bersama orang ramai selain memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan melalui aktiviti riadah.

Advertisements
This entry was posted in Korporat and tagged . Bookmark the permalink.