MRSM Kuala Kangsar kini dikenali MRSM Sultan Azlan Shah

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat ke Majlis Perasmian Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangar. - Foto Muhaizan Yahya

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat ke Majlis Perasmian Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangar. – Foto Muhaizan Yahya

KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebentar tadi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Kangsar dan mengisytiharkan nama baharu MRSM Kuala Kangsar sebagai MRSM Sultan Azlan Shah.

MRSM Sultan Azlan Shah dinamakan sempena nama ayahanda baginda yang juga Sultan Perak ke-34, Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah. Turut berangkat pada majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. MRSM Sultan Azlan Shah adalah MRSM kelapan yang ditubuhkan di negeri Perak yang akan menjadi pemangkin bukan sahaja dari sudut limpahan ekonomi tetapi juga pencetus kegemilangan pendidikan anak tempatan.

Hingga kini ada sebanyak 52 MRSM ditubuhkan di seluruh negara bermula dengan MRSM Seremban yang ditubuhkan pada 1972 yang bertujuan memperluaskan lagi penyertaan orang Melayu dalam bidang sains, teknologi, pengurusan dan kerjaya. MRSM Sultan Azlan Shah di tapak seluas 20.2 hektar terletak di Liman Kati, kira-kira 15 kilometer dari bandar Kuala Kangsar, mula beroperasi pada 6 Julai 2015.

Sumber : https://www.bharian.com.my/node/254956?m=1

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.