Ulang Tahun Ke-51 MARA Disambut Dengan Penuh Kesyukuran

fb_img_1488374945476

Bacaan Yaasin dan solat hajat sempena sambutan 51 tahun MARA.

Kuala Lumpur, 1 Mac – Sambutan Ulang Tahun ke-51 MARA disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan dengan majlis kerohanian, program peningkatan integriti dan aktiviti penyatuan ukhwah warga kerjanya di seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, sambutan Hari MARA pada 1 Mac setiap tahun perlu dihayati oleh seluruh warga MARA dalam menyemarakkan lagi semangat cintakan agensi keramat ini dan seterusnya diterjemahkan kepada semangat ukhwah dan kebersamaan dalam memacu serta kecemerlangan bangsa.

“Seperti mana kelazimannya sambutan pada tahun ini diadakan serentak diseluruh negara di Pusat Pentadbiran MARA seluruh negara dengan penganjuran program-program berbentuk ilmiah dan kerohanian dalam dalam mempertingkatkan jati diri seluruh warga MARA tentang peri pentingnya menghayti perjuangan murni agensi ini” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sambutan Ulang Tahun MARA ke-51 peringkat ibu pejabat agensi itu di sini hari ini.

16864467_1153732558087565_6001520156410956174_n

Seminar “Integriti Budaya Kita”

Antara pengisian program adalah solat sunat secara berjemaah, tazkirah integriti dan diteruskan dengan aktiviti seminar “Integriti Budaya Kita” disebelah petang yang dianjurkan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan melibatkan panel-panel yang terdiri daripada ahli akademik, pegawai SPRM dan juga penguatkuasa Kastam Diraja Malaysia.

“Sungguh pun disambut secara bersederhana, apa yang kita mahukan adalah seluruh warga kerja MARA menghayati sepenuhnya program yang diatur dan menjadikan integriti amanah sebagai teras utama perkhidmatan dalam memacu MARA sebagai sebuah organisasi cemerlang serta terkehadapan dalam pelbagi sudut” ulas beliau.

Turut hadir sepanjang sambutan majlis ulang tahun MARA yang ke-51 pada kali ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamsun Baharin bin Mohd. Jamil serta Penceramah Selebriti Terkenal, Ustaz Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah.

Advertisements
This entry was posted in Korporat and tagged , . Bookmark the permalink.