Subsidiari MARA Berperanan Menjayakan Agenda Nasional

Nor Hafiza binti Haron, salah seorang penerima Anugerah Subsidiaries Icon Award 2016.

Nor Hafiza binti Haron, salah seorang penerima Anugerah Subsidiaries Icon Award 2016.

Kuala Lumpur, 28 Februari – MARA sentiasa komited dalam menjadikan subsidiari di bawahnya turut memainkan peranan penting dalam memacu arus pembangunan dan kemajuan negara melalui aktiviti keusahawanan, pendidikan mahu pun pelaburan yang dilaksanakan.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, subsidiari MARA berjaya menghasilkan modal insan berkualiti melalui peluang-peluang keusahawanan dan juga pendidikan yang disediakan di samping meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penerokaan peluang-peluang pelaburan yang memberi impak positif kepada kemajuan negara.

“Sehingga kini , lebih daripada 12,000 orang usahawan telah berjaya dilahirkan melalui subsidiari MARA dan malah syarikat-syarikat ini juga banyak menjalankan pelbagai program berbentuk tanggungjawab sosial seperti Tuisyen Rakyat yang dijalankan oleh Yayasan Pelajaran MARA yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau menjelaskan, subsidiari MARA juga perlu menerokai industri baru yang memberi manfaat yang besar kepada rakyat dan negara seperti mana termetrainya satu MoU antara MARA bersama syarikat dari Arab Saudi iaitu March Global LLC baru-baru ini yang membolehkan kedua-dua pihak menjalin kerjasama dalam bidang industri aeroangkasa yang menjanjikan pendapatan yang tinggi.

Beliau berkata demikian semasa hadir menyempurnakan Subsidiaries Icon Awards yang meraikan 330 warga kerja subsidiari MARA yang telah menunjukkan prestasi cemerlang bagi tahun 2016 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menggesa pengurusan subsidiari MARA agar memberi perhatian sewajarnya terhadap pelan penggantian (succession plan) sumber manusia dalam kesinambungan peranan dapat diterus malah dimantapkan pada masa hadapan.

“Subsidiari MARA mempunyai hampir 15,000 warga kerja dan melalui succession plan yang dirangka dengan teliti, sudah pasti kita mampu mengenal pasti pemimpin-pemimpin pada masa hadapan mempunyai kebolehan dan kepakaran dalam meneruskan legasi perjuangan menjunjung amanah rakyat.

Advertisements
This entry was posted in Korporat and tagged , . Bookmark the permalink.