Perkukuh Kerjasama Dalam Industri Aeroangkasa

YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan Dr. Majid bin Abdullah Al – Qasabi, Menteri Perdagangan dan Pelaburan Arab Saudi telah menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Majlis Amanah Rakyat (MARA)diwakili oleh Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad (tiga dari kanan) dengan March Global LLC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif March Global Mazin Saad Ghazzawi.

YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan Dr. Majid bin Abdullah Al – Qasabi, Menteri Perdagangan dan Pelaburan Arab Saudi telah menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Majlis Amanah Rakyat (MARA)diwakili oleh Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad (tiga dari kanan) dengan March Global LLC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif March Global Mazin Saad Ghazzawi.

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Penerokaan industri aeroangkasa diperkukuhkan lagi melalui pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan March Global LLC (March Global) yang disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Perdagangan dan Pelaburan Arab Saudi, Dr. Majid Abdullah Al–Qasabi.

Bagi pihak MARA, MoU ini ditandatangani oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ahmad manakala pihak March Global diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mazin Saad Ghazzawi dan pertukaran MoU ini diadakan pada majlis Malaysia–Saudi Business Forum bersempena kunjungan rasmi Raja Salman Abdul Aziz Al-Sa’ud dari Arab Saudi di sini hari ini.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, melalui MoU ini, MARA dan March Global LLC akan bekerjasama dengan berkongsi kepakaran dalam aspek latihan, penyaluran maklumat, perkongsian teknologi serta usaha-usaha peningkatan inovasi ke arah meningkatkan kapasiti dan kemampuan usaha membangunkan teknologi aeroangkasa terutamanya dari sudut pembangunan modal insan.

“Usahasama ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anak syarikat dan institusi pendidikan MARA (IPMa) yang sedang giat membangunkan teknologi aeroangkasa sekali gus memberi pulangan dan faedah jangka panjang kepada negara dari sudut pertambahan nilai pelaburan di dalam industri yang menjanjikan pendapatan tinggi ini,” katanya.

Ismail Sabri menegaskan, selaku agensi amanah yang berperanan menghasilkan modal insan berkualiti kepada negara, MoU ini sudah pasti memberi manfaat yang besar kepada MARA melalui perkongsian perniagaan dan juga ilmu yang dimetrai.

Sementara itu, March Global LLC turut akan memperluaskan jaringan perniagaan di Malaysia bagi melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan dan membaik pulih pesawat termasuk pembangunan perniagaan, bantuan teknikal, perkongsian maklumat industri dan pembangunan keupayaan dalaman.

Kolaborasi antara MARA & March Global LLC turut merangkumi pembangunan rantaian bekalan dan inovasi yang amat diperlukan bagi memastikan usaha MARA untuk membangunkan industri aeroangkasa menjadi lebih komprehensif dan menyeluruh.

Advertisements
This entry was posted in Pelaburan and tagged , . Bookmark the permalink.