Karnival Pendidikan MARA di Perlis Capai Matlamat

image1-3

Pelajar tertarik dengan penerangan oleh salah seorang pemamer booth di KPM Perlis

Kangar, 26 Februari – Inisiatif MARA menganjurkan karnival pendidikan di negeri ini yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu dilihat berjaya mencapai matlamatnya apabila diserbu lebih 5,000 penduduk sekitar  bagi mendapatkan maklumat secara terus berkenaan peluang-peluang melanjutkan pengajian.

Bahkan, beberapa program yang disusun sempena karnival ini turut mendapat sambutan daripada pengunjung seperti seminar perniagaan online dan juga aktiviti derma darah.

hh

Program derma darah oleh Hospital Tuanku Fauziah, Perlis

Seminar Perniagaan Online @ eUsahawan MARA Perlis 2017 dengan usahasama MDEC telah dihadiri 250 peserta dalam memantapkan strategi pemasaran digital malah, selebriti ikon Erma Fatima (Mok Cun) dan Engku Anwar turut berkongsi tips kejayaan dalam memperkasakan industri desa kepada para peserta.

image1-4

Para peserta seminar mendengar taklimat oleh MDEC

Karnival Pendidikan MARA seterusnya akan menjelajah ke Negeri Kelantan bertempat di Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kota Bharu bermula 4 hingga Mac 2017.

Kepada penduduk Kelantan, jangan lepaskan peluang untuk menemui kami di sana!!!!

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.