Jelajah Karnival Pendidikan MARA Bermula Hari Ini

Para pengunjung karnival di Perlis sedang mendapatkan maklumat pendidikan di booth pameran yang disediakan.

Para pengunjung karnival di Perlis sedang mendapatkan maklumat pendidikan di booth pameran yang disediakan.

oleh Mohd Hanafi Ramli
media@mara.gov.my

KANGAR, 25 Februari – Karnival Pendidikan MARA 2017 memulakan jelajahnya yang pertama di Perlis bermula hari ini dan esok bertempat di Dewan Wawasan 2020, Kangar.

Karnival Pendidikan MARA merupakan saluran bagi ibu bapa dan para pelajar lepasan SPM mahu pun STPM mendapatkan maklumat berkenaan peluang-peluang melanjutkan pengajian.

Penganjuran karnival di negeri Perlis ini disertai oleh 32 pemamer daripada institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dan dari tinjauan yang dilakukan setakat jam 2 petang, lebih 2,000 pengunjung telah hadir ke karnival ini.

Program ini turut mendapat kerjasama sepenuhnya dari Kerajaan Negeri Perlis malah, Exco Pendidikannya, Datuk Mat Rawi Kassim, turut sudi mengadakan sesi ‘walkabout’ untuk melihat sendiri aktiviti yang berjalan di karnival ini.

Menurut salah seorang pengunjung, Nur Asmahan Hasbullah, program ini sangat bagus kerana membuka mindanya dalam mencari peluang pendidikan yang ditawarkan melalui IPT yang terlibat di karnival ini.

Nur Asmahan sedang mengisi maklumat ketika di Karnival Pendidikan MARA Perlis

Nur Asmahan sedang mengisi maklumat ketika di Karnival Pendidikan MARA Perlis

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Muhammad Amzar Daniel Razak berkata, beliau amat berpuas hati dengan karnival ini memandangkan para pemamer komited dan berjaya memberi maklumat yang diperlukan dengan terperinci.

Amzar Daniel (kanan) sedang mendapat khidmat runding cara daripada Pegawai MARA

Amzar Daniel (kanan) sedang mendapat khidmat runding cara daripada Pegawai MARA

Orang ramai digesa menggambil kesempatan yang ada untuk hadir ke karnival ini yang menyediakan pelbagai program pengisian lain.

Pada hari esok, antara pengisian yang akan berlangsung adalah program Derma Darah dan MARA Bootcamp Perlis 2017 bersama Selebriti Ikon Erma Fatima (Mok Cun) dan Engku Anwar.

#Jom Sambung Belajar !!!

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.