Rekaan Fesyen Tempatan Tarik Perhatian Di Pentas Peragaan Antarabangsa

ummiriaz

Usahawan di bawah bimbingan MARA, Azura Shafawi melakar sejarah tersendiri di persada tekstil dunia apabila fesyen rekaannya digayakan di London Modest Fashion Week 2017.

Buat pertama kalinya di Britain, penganjuran London Modest Fashion Week 2017 di Saatchi Gallery, Chelsea, London adalah khusus bagi menonjolkan rekaan fesyen untuk Muslim dengan menampilkan lebih daripada 40 jenama dari seluruh dunia.

ummiriaz2
Membawa jenama Ummiriaz International, Azura menjelaskan bahawa beliau amat berpuas hati dengan penglibatannya ke acara ini yang bertujuan untuk membina rangkaian perniagaan antarabangsa, memperkenalkan jenama dan produk-produknya sekaligus membuktikan keupayaan produk dan jenama usahawan tempatan mampu memasuki pasaran mereka.

ummiriaz3

Azura Shafawi (kiri) bersama model memperagakan pakaian rekaannya.

Kesemua produk yang diketengahkan telah mendapat maklum balas yang positif daripada pengunjung tempatan dan blogger terkenal serta hampir kesemua stoknya habis dijual. Ini secara langsung membuktikan bahawa anak tempatan berupaya untuk cemerlang sehingga ke persada global.

MARA turut membantu sebahagian kos dalam usaha Azura untuk mempromosikan jenama Ummiriaz International ke London di bawah Program Peningkatan & Pembangunan Standard Perniagaan (BASE) malah urusan beliau di kota ini turut dibantu sepenuhnya oleh MARA United Kingdom.

Pada masa yang sama, Azura turut mengambil peluang ketika di sana untuk terlibat dalam aktiviti amal bersama Perwakilan Malaysia bertempat di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, London dengan memperagakan produk rekaan beliau yang mana kesemua hasil jualan di aktiviti amal ini disalurkan kepada Rumah Anak Kesayangan di Sabah.

Menjalankan perniagaan di Johor Bahru, Azura turut mendapat bantuan daripada MARA dari sudut kemudahan pembiayaan perniagaan, skim Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) dan di bawah Program Pembangunan dan Peningkatan Produk Usahawan (EXPAND) beliau kerap menjayakan acara-acara promosi tekstil bersama MARA.

Selain daripada butik utamanya di Johor Bahru, beliau turut mempunyai cawangan butik di Bangi dan Kuala Selangor (Selangor), Gong Badak (Terengganu) serta Bandar Baru Perda (Pulau Pinang) dan lebih membanggakan produk-produk rekaannya berjaya menembusi pasaran di Singapura, Brunei dan Indonesia malah mempunyai agen jualannya sendiri di Makasar.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA BELIAU!!!

Advertisements
This entry was posted in Usahawan and tagged , . Bookmark the permalink.