Perlis popularkan trend perniagaan trak makanan

USAHAWAN diberikan maklumat berhubung perniagaan trak makanan dalam Program Truck D Way 4 Biz di Kangar, Perlis, semalam.

USAHAWAN diberikan maklumat berhubung perniagaan trak makanan dalam Program Truck D Way 4 Biz di Kangar, Perlis, semalam.

KANGAR 21 Feb. – Trend perniagaan trak makanan (mobileprenuer foodtruck) bakal dipopularkan di Perlis tidak lama lagi apabila Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan kemudahan pembiayaan pinjaman untuk direbut oleh usahawan di negeri ini.

Pengarahnya, Zahari Aziz berkata, pihaknya berharap dapat mengumpul sekurang-kurangnya sepuluh usahawan trak makanan ini yang ditempatkan di satu lokasi khas sebagai ‘medan uptown’ pada waktu malam di bandar ini.

“MARA berharap usahawan menggunakan peluang ini kerana perniagaan trak makanan dikenal pasti mampu menjana pendapatan yang lumayan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

MARA Perlis menganjurkan Program Truck D Way 4 Biz mulai pukul 10 pagi 1 tengah hari ini di ruang legar bangunan ini.

Zahari berkata, sekalipun tiga jam sahaja program itu dilaksanakan tetapi kira-kira 50 usahawan hadir untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai proram tersebut.

“Ramai usahawan yang hadir menunjukkan minat kerana menye­dari kemudahan perniagaan cara trak ini dengan pembiayaan menarik yang disediakan MARA,” katanya.

Katanya, MARA akan membiayai pinjaman seratus peratus ke atas harga trak, peralatan dan ubah suai manakala perbelanjaan pendaftaran, insuran dan cukai jalan ditanggung oleh usahawan.

Zahari berkata, usahawan boleh memilih mana-mana jenama kenderaan yang diinginkan.

Beliau berkata, antara syarat utama sebelum permohonan ialah setiap usahawan mesti mempunyai lesen memandu dan lesen kenderaan barang-barang (Good Vehicle Driving) yang sah.

Selain itu, katanya, lokasi perniagaan juga perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Sumber : http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/perlis-popularkan-trend-perniagaan-trak-makanan-1.447695

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.