MRSM Felda Juara Kejohanan Ragbi Premier 10’s Kali Ke-14

Ketua Pengarah MARA (kiri) menyampaikan pingat kepada pemenang Kejohanan Rugbi

Ketua Pengarah MARA (kiri) menyampaikan pingat kepada pemenang.

Oleh Zuraini Sainal
media@mara.gov.my

Merbok, 20 Februari – MRSM FELDA mengungguli Kejohanan Ragbi MRSM Premier 10’s kali ke-14 apabila menewaskan MRSM Kuching pada perlawanan akhir kejohanan itu yang berlangsung di MRSM Merbok, Kedah.

Menurut Ketua Pengarah, Datuk Ibrahim Ahmad, para pelajar di bawah institusi pendidikan MARA (IPMa) sentiasa disediakan ruang dan peluang untuk melibatkan diri dalam apa jua bentuk aktiviti kokurikulum dalam usaha melahirkan generasi muda yang cemerlang dalam bidang akademik serta cergas dari segi fizikal dan mental.

“Kejohanan yang melibatkan seramai hampir 800 orang pemain ragbi yang terdiri dari pelajar MRSM seluruh Malaysia seperti ini adalah salah satu platform yang disediakan oleh MARA dalam melahirkan pelajar holistik yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mempunyai keupayaan dalam bidang lain seperti dalam bidang sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Penutup Kejohanan Ragbi MRSM Premier 10’s kali ke-14 dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang di sini hari ini. Kejohanan tersebut telah dilangsungkan selama tiga hari bermula 17 hingga 20 Februari 2017.

Muhammad Ammar Imran Arazmi dari MRSM Kuching telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan manakala Muhammad Arif Jaffar MRSM Felda dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , , , . Bookmark the permalink.