Menteri Perjelas Isu Tajaan MARA, Yuran Asrama UniKL

Menteri Kementerian Pembangunan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kementerian Pembangunan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – MARA sememangnya membantu pelajar-pelajar miskin luar bandar dan bandar yang mengikuti pengajian di pelbagai peringkat dalam negara khususnya di Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob berkata setakat ini, seramai 200,000 pelajar berada di dalam sistem pendidikan Mara sama ada di GiatMara, Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)  dan Kolej Profesional Mara.

“Pinjaman yang diberikan adalah berdasarkan kepada Socio Economic Status (SES) pelajar tersebut manakala bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) lain yang sedang dan telah mendapat kemudahan penajaan pula, ia akan diteruskan hingga tamat pengajian.

“Bagi pelajar IPMA yang masih belum menerima kemudahan pinjaman MARA kini sedang dalam tindakan dan akan diselesaikan pada masa terdekat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu penajaan pinjaman IPMA serta kenaikan yuran asrama di kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Sementara itu, beliau juga menegaskan bahawa kadar yuran asrama di kampus-kampus UniKL dikekalkan kepada amaun RM120 sebulan.

“MARA komited dan kekal menaja pendidikan bumiputera terutama kepada mereka yang memerlukan di samping turut menyediakan kemudahan pembelajaran terbaik dan kondusif di Ipma,” katanya lagi.

Sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/menteri-perjelas-isu-tajaan-mara-yuran-asrama-unikl-1.632224

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , , , . Bookmark the permalink.