Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dirai

Ismail Sabri (tengah) bergambar kenang-kenangan bersama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKLW 2016.

YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (duduk tengah) bergambar kenang-kenangan bersama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKLW 2016.

Serdang, 20 Februari – Seramai 894 penerima anugerah perkhidmatan cemerlang MARA dirai di Majlis Perkhidmatan Cemerlang KKLW 2016 yang berlangsung selama dua hari bermula 20 hingga 21 di MAEPS, Serdang.

Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Di dalam ucapannya Ismail Sabri mengingatkan agar seluruh warga kerja KKLW dan agensi melaksanakan tugas dengan penuh integriti, berhemah, berdedikasi, ikhlas dan juga amanah.

“Integriti ini kita utamakan kerana sifat ini merupakan tunjang utama dalam perkhidmatan awam yang cemerlang yang seterusnya akan membawa kepada impak positif kepada kemajuan negara kita,” katanya.

Sementara itu, pada majlis yang sama, dua warga kerja MARA iaitu Nik Syuharol Apizo Safien serta Huzaireen Hassan Asri turut dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Cemerlang KKLW 2015.

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah!!!

Penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang KKLW 2015.

Penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang KKLW 2015.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.