Anak Peniaga Ikan Kini Jurutera Di Dubai

whatsapp-image-2017-02-16-at-10-12-24-am

Tidak kira dari mana anda berasal, asalkan ada kemahuan dan kegigihan, pasti anda boleh berjaya. Siapa sangka, dari seorang anak peniaga ikan di Pekan Sehari, Alor Setar, Kedah, seorang pemuda kini muncul sebagai Mechanical Design Engineer di Dubai.

Perkara ini dibuktikan Mohd Azrul Mohd Hassan, 32 yang merupakan lulusan Diploma in Tools & Die pada 2006 di German-Malaysian Institute (GMI). Beliau kini berkhidmat sebagai Mechanical Design Engineer di Premier Composite Technologies (PCT) telah menetap di Dubai sejak empat tahun yang lalu.

Mengulas lanjut, beliau amat bersyukur kerana ibubapanya banyak memberi dorongan kepadanya untuk melanjutkan pengajian ke GMI sebaik tamat SPM. Menurutnya, dorongan ayahnya mahu dia ke GMI kerana melihat aspek masa depannya yang cerah dalam bidang pekerjaan.

whatsapp-image-2017-02-10-at-10-13-47-am

Memulakan kerjayanya di PROTON R&D sebagai Design Engineer beliau yang berkongsi pengalaman menceritakan bahawa pada mulanya beliau mendapat tawaran bekerja di Dubai menerusi sebuah syarikat yang terlibat dalam pengeluaran kenderaan Pertahanan dan Ketenteraan berdasarkan pengalaman di PROTON. Di syarikat tersebut, beliau terlibat dalam rekaan dan pengeluaran pengangkutan pacuan empat (4×4) dan enam roda (6×6) dan berpeluang menyertai Pameran Pertahanan Antarabangsa (IDEX) di Abu Dhabi.

Walau bagaimanapun, tidak sampai dua tahun, Azrul telah menerima tawaran dari PCT, majikannya sekarang malah beliau diberi tanggungjawab dalam kerja-kerja pembinaan pembesaran empat fasa Masjidil Haram di Mekah, melibatkan proses rekaan, produksi dan pemasangan. Bahkan tiga daripada projek diatas telah pun siap dan kini peringkat pembinaan hanya di Mataf Minaret sahaja.

Saya amat berterima kasih kepada GMI dan MARA yang banyak mengubah corak kehidupan saya seperti yang ada hari ini. Saya ini dari keluarga peniaga, justeru saya menanam tekad untuk kembali ke Malaysia pada satu hari nanti dengan menceburi bidang perniagaan. Saya yakin mampu melakukannya apatah lagi ilmu keusahawanan sememangnya diterapkan sepanjang tiga tahun pengajian saya di GMI.

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan, Pendidikan and tagged , , , . Bookmark the permalink.