Pelajar Unikl-RCMP Bantu Gelandangan

Pelajar dan kakitangan Kolej Perubatan Diraja Perak, Unikl-RCMP menganjurkan program kemasyarakatan bersama golongan gelandangan serta fakir miskin di Medan Selera Dato Sagor, Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Pelajar dan kakitangan Kolej Perubatan Diraja Perak, Unikl-RCMP menganjurkan program kemasyarakatan bersama golongan gelandangan serta fakir miskin di Medan Selera Dato Sagor, Ipoh, Perak, baru-baru ini.

IPOH 14 Feb. – Prihatin dengan nasib gelandangan dan fakir miskin, 50 pelajar dan kakitangan Kolej Perubatan Diraja Perak, Universiti Kuala Lumpur (Unikl-RCMP) menganjurkan program kemasyarakatan bersama golo­ngan tersebut di Medan Selera Dato Sagor di sini baru-baru ini.

Pada program dengan kerjasama pertubuhan sukarelawan, Dapur Jalanan itu berjaya mengumpulkan hampir 100 gelandangan dan fakir miskin di sekitar bandar raya ini.

Program bermula pukul 5 petang itu, pelajar yang terlibat mengambil peluang mengadakan sesi kaunseling dan temuramah bertujuan mendapatkan maklumat berhubung tahap kesihatan dan rawatan yang diterima golo­ngan berkenaan.

Pensyarah Psikologi dan Ketua Program, Helvinder Kaur berkata, hasil kajian yang dijalankan terhadap 100 responden mendapati 60 peratus gelandangan terdiri dalam kalangan warga emas dan selebihnya berusia di bawah 50 tahun.

Katanya, dari segi jantina pula 95 peratus adalah lelaki manakala lima peratus lagi wanita.

“Antara punca golongan ini menjadi gelandangan adalah disebabkan hilang pekerjaan (38 peratus), masalah rumah tangga/penderaan (31 peratus), masalah kesihatan, pengambilan dadah dan bahan terlarang (13 peratus) dan selebihnya disebabkan masalah keluarga.

“Dari segi kesihatan pula, 42 peratus mengalami masalah kesihatan yang kronik, masalah pergerakan (32 peratus), menerima rawatan sebagai pesakit mental (13 peratus) manakala selebihnya terlibat dalam penyalahgunaan dadah,” katanya.

Menurut beliau, daripada kese­mua responden tersebut, 43 peratus mendapat rawatan di hospital, 29 peratus pula tidak mendapat sebarang rawatan walaupun sakit manakala selebih­nya hanya ke klinik berhampiran.

“Sebahagian besar daripada mereka tinggal di sekitar Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pasar Besar Ipoh bagi memudahkan pergerakan, mendapat rawatan kesihatan dan pekerjaan sambilan di pasar besar serta tempat tidur berbumbung,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Unikl-RCMP, Nur Iman Abdul Wahid berkata, program yang dianjurkan itu disifatkan mampu mele­barkan jaringan persahabatan antara warga Unikl-RCMP de­ngan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam melakukan kerja-kerja amal.

Sumber dari : http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/pelajar-unikl-rcmp-bantu-gelandangan-1.444476

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.
%d bloggers like this: