Kempen Kesedaran Bahaya Jenayah Siber

Mohd Ridzman (tengah) memberi ceramah sempena Program Jenayah Siber di Dewan Besar, MRSM FELDA, Trolak, Sungkai, dekat sini hari ini - foto Rosman Shamsudin

Mohd Ridzman (tengah) memberi ceramah sempena Program Jenayah Siber di Dewan Besar, MRSM FELDA, Trolak, Sungkai, dekat sini hari ini – foto Rosman Shamsudin

SUNGKAI: Kira-kira 400 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) FELDA di sini didedahkan terhadap kepentingan menjadi pengguna teknologi maklumat yang berkhemah bagi mengelak daripada menjadi mangsa jenayah siber.

Program ‘Kesian Dia: Program Jenayah Siber’ di Dewan Besar MRSM FELDA itu dianjurkan syarikat pengendali program kesedaran dan pendidikan Bumiputera, Onemy Awarenes Management (Onemyr).

Menerusi program itu, pelajar didedahkan dengan ancaman dan bahaya bakal dihadapi jika kemudahan teknologi sedia ada seperti telefon pintar dan laman media sosial disalah guna.

Program turut mendedahkan pelajar terhadap kesan dan bahaya mengambil gambar, menulis atau menghantar mesej kurang sopan, penyebaran berita tidak sahih atau berbaur fitnah serta kesan buruk akibat mendedahkan maklumat peribadi kepada umum di laman sosial. Ceramah dikendalikan Pengarah Onemyr, Mohd Ridzman Azzahari.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/246868

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.