Pengalaman Ibu Daftar Anak Di MRSM

16463776_1710883038927682_4866428898079969437_o

Pengalaman daftar anak di MRSM ini dikongsi oleh Nik Surina Ramli di dalam laman sosial facebook.

Mama nak share pengalaman mama daftar kakak Husna hari ni kat MRSM Besut.

Mula pendaftaran pukul 8.30 pagi. Mama sampai pukul 8.20 pagi. Sampai saja ada pelajar sambut,kawal lalu lintas dan jaga parking. Lepas tu ada pelajar tunjuk arah ke tempat pendaftaran. Di tempat pendaftaran, ada pelajar bertugas buat hebahan. Ada lebih 30 kaunter pendaftaran yang semuanya diuruskan oleh pelajar. Selesai daftar, proses bayar yuran dan pembelian baju di koperasi. Juga diuruskan pelajar.

Masa daftar, terus dapat beg MRSM dan fail. Dalam tu dah siap ada takwim untuk setahun, buku nota, buku catatan, buku penulisan, planner, buku tulis, jadual kelas, pen dan segala macam kad asrama. Kat fail dah siap ada nama pelajar, no. id pelajar, nama kelas, blok asrama, dorm, no. katil, no. akaun, nama homeroom dan sebagainya.

Selesai pendaftaran, kakak kena masuk dorm. Pelajar ambik segala barang dalam bonet, angkut naik asrama, tolong pasang cadar dan sarung bantal. Kalau ikutkan kain baju pun dema nak tolong kemas tapi mama cakap takpe lah makcik boleh buat hahaha.

Dah siap kemas, beg dan plastik yang mama nak bawak balik semula, dema offer lagi nak bawak, hantar sampai ke kereta.

Lepas kemas katil, ada taklimat pulak di dewan oleh pengetua bersama ibu bapa. Dari pengacara majlis, jurugambar, bacaan doa, semuanya dilakukan oleh pelajar. Dan lepas tu pelajar bawak ibu bapa untuk taklimat bersama homeroom pula.

Dan ada beberapa gerai jualan. Juga diuruskan oleh pelajar 100%.

Mama perhatikan, dari A-Z semua dibuat oleh pelajar, tanpa pengawasan dari seorang guru pun. Macam mana anak-anak ni dididik begitu bertanggungjawab dan cekap, mama tak pasti. Tapi jauh di sudut hati mama rasa kagum.

Tahniah semua guru dan pengetua MRSM Besut. Semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang isu pun. Sekarang mama boleh tinggalkan Husna dengan perasaan yang lega.

Moga Husna dapat jaga diri dan dapat survive kat sana.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.