Akademi Keusahawanan KPTM bantu lahir lebih ramai usahawan

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Akademi Keusahawanan KPTM di Bera, Pahang hari ini.- UTUSAN ONLINE

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Akademi Keusahawanan KPTM di Bera, Pahang hari ini.- UTUSAN ONLINE

BERA 9 Feb. – Akademi Keusahawanan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dilancarkan di sini hari ini sejajar dengan objektif Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membangunkan lebih ramai usahawan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, akademi keusahawanan pertama di bawah kendalian KPTM itu bakal menjadi pusat yang menawarkan kursus-kursus keusahawanan jangka masa pendek.

“Langkah membuka Akademi Keusahawanan ini merupakan bukti jelas bahawa kerajaan tidak pernah melupakan masyarakat luar bandar dan memastikan pembangunan modal insan dapat dilaksanakan tanpa mengira kedudukan geografi mereka.

“Langkah ini juga salah satu usaha untuk merealisasikan slogan ‘Membandarkan Luar Bandar’ yang dilaksanakan di peringkat kementerian,” katanya ketika berucap melancarkan akademi berkenaan.

Yang hadir sama Pengerusi KPTM, Datuk Ahmad Nazlan Idris. – UTUSAN ONLINE

Sumber : https://www.utusan.com.my/pendidikan/video-akademi-keusahawanan-kptm-bantu-lahir-lebih-ramai-usahawan-1.442431

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan, Usahawan. Bookmark the permalink.