MRSM Terima Pelajar Baharu Tingkatan Satu

mrsm_kk

Kuala Klawang, 6 Februari – Seramai 7,000 orang pelajar baharu Tingkatan Satu 2017 mula mendaftarkan diri di 48 MRSM seluruh Malaysia.

Hasil tinjauan di MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan, kebanyakan para pelajar baharu dan juga ibu bapa mereka amat teruja untuk menikmati suasana pembelajaran di institusi ini.

Menurut salah seorang pelajar yang ditemui, Danial Izzudin Mohamad Shahir, beliau amat bergembira apabila diterima masuk ke MRSM dan berazam untuk mengapai kecemerlangan di sini.

“Saya amat meminati bidang keusahawanan, dan diharap melalui MRSM saya dapat melanjutkan pengajian sehingga ke luar negara dalam merealisasikan cita-cita sekali gus membanggakan ibu bapa saya,” ujar beliau yang berasal dari Senawang.

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Nik Izzatul Syafiqah Nik Mohd, yang berasal dari Shah Alam menyatakan beliau agak gementar kerana pertama kali memasuki sekolah berasrama namun bersyukur kerana diterima masuk ke MRSM ini.

“Saya tahu, sangat sukar untuk memasuki MRSM, justeru saya menanam tekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan diharap sistem cemerlang institusi ini akan membantu saya muncul sebagai seorang usahawan waniita yang berjaya bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global pada satu hari nanti,” katanya.

MARA mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang mula mendaftarkan diri ke MRSM, semoga mereka akan menggapai kecemerlangan pada masa hadapan demi Agama, Bangsa dan Negara. Insha Allah…

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.