MARA Perkukuh Kerjasama Bersama Universiti Sains Malaysia

Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad (tiga dari kiri) bersama Profesor Datuk Dr. Asma Ismail (tiga dari kanan) bertukar dokumen MoU disaksikan oleh Timbalan Menteri Luar Bandar & Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi (tengah).

Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad (tiga dari kiri) bersama Profesor Datuk Dr. Asma Ismail (tiga dari kanan) bertukar dokumen MoU disaksikan oleh Timbalan Menteri Luar Bandar & Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi (tengah). -Gambar oleh Rahizul Zulhim Abdul Rahim

oleh Ahmad Soffian Mohd Shariff
media@mara.gov.my

Kuala Lumpur, 7 Februari –MARA dan Universiti Sains Malaysia (USM) terus bekerjasama menerokai bidang pendidikan, keusahawanan dan pelaburan dengan memperbaharui perjanjian persefahaman yang telah termetrai sejak dari tahun 2014 lagi.

Menurut Ketua Pengarah MARA, YBhg. Datuk Ibrahim Bin Ahmad kerjasama strategik yang telah terjalin antara MARA dan USM yang terjalin sebelum ini telah membuahkan hasil yang mana seramai 155 orang pelajar telah berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan ke luar negara sejak tahun 2014 melalui Program Pinjaman Pelajaran MARA dan USM.

“MoU yang dimeterai hari ini merupakan perlu dimanfaatkan secara holistik dalam memperkukuhkan lagi peluang-peluang yang boleh diterokai melalui ‘Entrepreneur Development Model’ di samping memperkasakan bidang perubatan, kejuruteraan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara MARA & USM di sini hari ini yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi

Ibrahim turut menyatakan bahawa selain daripada bidang pendidikan, MARA dan USM juga akan bekerjasama untuk pengkomersialkan produk yang dihasilkan oleh Institut Pendidikan MARA (IPMa) mahu pun usahawan MARA melalui penyelidikan dan perkongsian pengetahuan secara bersekutu.

“Perjanjian yang temetrai hari ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat merealisasikan Agenda Pemerkasaan Bumiputera  yang merupakan fokus di dalam Pelan Strategik MARA 2016-2020, sekali gus menjayakan hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50) melalui penjanaan modal insan yang berkualiti dan berpendapatan tinggi,” katanya lagi.

Turut hadir ke majlis adalah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Dat0′ Dr. Asma Ismail serta delegasi dari USM.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Lain-Lain, Pendidikan. Bookmark the permalink.