Pasca Banjir – 80 Sukarelawan KPTM Turun Padang

kptm

JERANTUT, 2 Februari –  Atas rasa prihatin dan penuh tanggugjawab, seramai 80 orang sukarelawan terdiri daripada pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) KESEDAR dan Kuantan telah turun padang dengan melaksanakan kerja-kerja pembersihan sekolah yang terjejas teruk akibat bencana banjir.

Menurut Pengerusi KPTM, Dato’ Ahmad Nazlan Idris, program di SMK Pulau Tawar ini adalah susulan daripada Misi Bantuan Banjir pertama kami yang dilaksanakan pada Januari yang lepas dengan menyerahkan sumbangan 4,800 botol air mineral kepada mangsa banjir yang terjejas disekitar kawasan Parlimen Jerantut.

image2
“Pada kali ini kita fokus kepada kerja-kerja pembersihan sekolah yang mana SMK Pulau Tawar dipilih kerana ia terjejas teruk akibat bencana banjir dan diharapkan bantuan yang dihulurkan ini dapat membantu para pelajar untuk kembali meneruskan pembelajaran dalam suasana yang kondusif,” katanya.

image1
Beliau berkata demikian semasa ditemui di program KPTM Sehati Sejiwa: Bantuan Mangsa Banjir (Fasa 2): Pembersihan dan Penyerahan Sumbangan di sini hari ini.

Di majlis yang sama, Ahmad Nazlan yang juga merupakan Ahli Parlimen Jerantut turut  turut menyampaikan  sumbangan  wang tunai RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Pulau Tawar di samping bantuan berupa hamper barangan makanan kepada 150 orang mangsa banjir.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , , . Bookmark the permalink.