BAS MARA – Nadi Penduduk Luar Bandar

mara-liner1

“Bas MARA”, nama yang begitu sinonim bagi penduduk kampung. Tidak kira sama ada pengangkutan ke sekolah, ke pekan mahu pun ulang-alik ke tempat kerja, Bas MARA begitu penting kepada kehidupan seharian penduduk kampung.

Pasti ramai daripada kita membesar dengan perkhidmatan ini dan mempunyai pelbagai kenangan manis, malah mungkin bertemu jodoh di bas ini!!!

bas-mara_2
Perkhidmatan Bas MARA merupakan antara penyumbang terbesar terhadap peningkatan taraf sosio-ekonomi penduduk luar bandar. Lebih-lebih lagi pada zaman awal dan pasca merdeka yang menyaksikan pengangkutan bas menjadi nadi kehidupan masyarakat.

Pada ketika itu, ramai penyedia perkhidmatan tidak sanggup beroperasi di pedalaman atas faktor kerugian. Sekiranya tanggungjawab ini tidak dipikul oleh MARA, sudah pasti mobiliti masyarakat luar bandar akan lebih terhad.

Lebih buruk lagi, anak-anak kecil yang dahagakan ilmu pengetahuan terus terperangkap dengan kehidupan di kampung.

bas-mara
Bermula di Lurah Bilut pada sekitar tahun 1961, sehingga hari ini, perkhidmatan Bas MARA (kini dikenali dengan nama MARA Liner) adalah satu-satunya penyedia pengangkutan yang sanggup berkhidmat di 93 laluan sosial atau pedalaman.

image1-24
Operasi di laluan sosial memudahkan anak-anak di luar bandar mendapat akses kepada pendidikan. Malah, membuka peluang kepada guna tenaga kerja pedalaman untuk bekerja di kawasan perindustrian atau bandar berdekatan.

image2-8Jelas, perkhidmatan ini memberi impak dalam membangunkan modal insan dan pembasmian kemiskinan luar bandar. Hari ini kita dapat lihat kesannya seperti perubahan sosio-ekonomi di kawasan yang mundur pada satu ketika dahulu….

Advertisements
This entry was posted in Pelaburan and tagged , . Bookmark the permalink.