UniKL tidak iktiraf UEC

ISMAIL SABRI

ISMAIL SABRI

BERA 22 Jan. – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan penuntut ke institusi pengajian tingga swasta (IPTS) itu kerana tidak selaras dengan falsafah pendidikan negara yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai teras dalam pelajaran.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun dibenarkan berbuat demikian, UniKL tidak pernah berhasrat membuka kemasukan untuk pemegang UEC.

”Walaupun dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, namun UniKL tidak semestinya mengikut kebenaran yang dikeluarkan itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perjumpaan dengan Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda Bera di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Sumber : https://www.utusan.com.my/berita/nasional/unikl-tidak-iktiraf-uec-1.434813

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.