Memupuk Amalan Gaya Hidup Sihat

image1-4

Timbalan Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi MARA, Abdul Aziz Hassan (barisan depan, lima dari kanan) bersama pemain-pemain yang menyertai Kejohanan Ping Pong MARA Wilayah Persekutuan.

KUALA LUMPUR, 21 Januari – Hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kerja MARA terus dieratkan melalui Kejohanan Ping Pong Terbuka Peringkat MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama Badan Ugama dan Kebajikan serta Bahagian Komunikasi Korporat agensi itu.

Menurut Timbalan Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi MARA, Abdul Aziz Hassan, kejohanan seumpama ini merupakan manifestasi kesungguhan MARA dalam mengeratkan hubungan silaturrahim warga kerjanya di samping memupuk budaya amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan riadah.

“Alhamdulillah, kejohanan kali ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan yang mana kejohanan ini telah disertai hampir 30 pemain yang terdiri daripada warga kerja bahagian-bahagian, NGO dan  Institusi Pendidikan MARA,” katanya.

Beliau menambah, pelbagai program telah dirangka oleh kelab sepanjang tahun ini dan diharapkan lebih ramai warga MARA akan terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan pada masa hadapan antaranya adalah penganjuran Sukan Rakyat.

“Kita serius dalam pelaksanaan aktiviti amalan gaya hidup sihat memandangkan ia mampu menyumbang kepada peningkatan kualiti kerja dan kesejahteraan hidup warga MARA itu sendiri,” katanya lagi.

image2

Mohd Zaki Zainudin (berdiri empat dari kanan)

Sementara itu, kejohanan ping pong yang julung kali diadakan menggunakan format perlawanan perseorangan ini telah dijuarai oleh Mohd Zaki Zainudin dari Bahagian Teknologi Kreatif & Multimedia yang membolehkan beliau membawa pulang wang tunai RM 150 berserta pingat.

 

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.