KIMAR pemangkin pasaran halal global

mara-transformed

KUALA LUMPUR: Pembukaan Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjadi pemangkin kepada usahawan Bumiputera untuk menceburi pasaran halal global yang bernilai RM7.9 trilion setahun.

Sehubungan itu, MARA bercadang menubuhkan KIMAR di setiap negeri bagi menembusi pasaran halal global dan meningkatkan nilai eksport halal negara yang kini mencecah RM37.7 bilion.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata bagi memastikan usahawan terus bersaing di pasaran global, MARA mengambil inisiatif untuk terbabit dalam program Pembangunan Industri Halal menerusi kompleks MARA yang dikategorikan sebagai Taman Halal.

“Kita akan membuka KIMAR di seluruh negara bagi mencapai sasaran pasaran halal global. Buat masa ini MARA mengambil inisiatif terbabit dalam program Pembangunan Industri Halal menerusi Kompleks Industri MARA di Tambun (Perak), Pengkalan Chepa (Kelantan), Kuala Perlis (Perlis) , Demak Laut (Sarawak), Pedas (Negeri Sembilan) dan KIMAR (Kuala Lumpur),”

katanya selepas merasmikan kompleks itu hari ini. Beliau berkata, KIMAR menyediakan 19 lot kilang mengikut jenis produk yang disediakan usahawan dan kemudahan yang disediakan oleh MARA memenuhi Amalan Baik Pengeluaran ( GMP).

MARA turut menyediakan kemudahan pembiayaan mesin dan peralatan bagi membolehkan usahawan mengeluarkan produk bermutu tinggi.

Bagi meningkatkan penjualan produk MARA, KIMAR Factory Outlet ( KFO) mewujudkan satu platforn promosi menerusi Program Online e-marketplace dikenali sebagai Amaxmall.

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/236797?m=1

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain and tagged . Bookmark the permalink.