Netizen doa keselamatan pelajar dan kakitangan UniKL

Hujan lebat serta ribut petir pada petang Selasa menyebabkan struktur bumbung di UniKL BMI di Gombak rosak teruk. - Gambar Facebook - Universiti Kuala Lumpur - Officialpage

Hujan lebat serta ribut petir pada petang Selasa menyebabkan struktur bumbung di UniKL BMI di Gombak rosak teruk. – Gambar Facebook – Universiti Kuala Lumpur – Officialpage

KUALA LUMPUR: Hujan lebat serta ribut petir pada petang Selasa menyebabkan struktur bumbung di UniKL BMI dekat Gombak rosak teruk.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Rasmi UniKL, selain bumbung yang musnah akibat ribut, pokok turut tumbang.

“Doakan keselamatan pelajar dan kakitangan UniKL BMI,” menurut kenyataan menerusi Facebook

Keadaan tersebut menyebabkan ramai ibu bapa, saudara mara serta rakan terdekat mengucapkan doa agar semuanya selamat.

ribut3
Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai kecederaan mahupun kemalangan jiwa berhubung kejadian berkenaan.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/netizen-doa-keselamatan-pelajar-dan-kakitangan-unikl-129340

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.