Tajaan MARA diteruskan menerusi program berkembar

kembar

PUTRAJAYA – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan merangka beberapa strategi baharu bagi memastikan peruntukan yang diberikan untuk biasiswa pendidikan dapat dibelanjakan secara berhemah dan sampai kepada golongan sasar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada tahun ini MARA akan mewujudkan lebih banyak program berkembar melalui kerjasama universiti tempatan dan luar negara.

Ismail Sabri berkata, kerjasama tersebut membolehkan ramai pelajar bumiputera cemerlang dapat menyambung pelajaran dengan peruntukan biasiswa disamping mengurangkan kos pembiayaan.

“Program berkembar ini akan dilaksanakan mengikut tahun pengajian, pelajar yang terlibat akan menghabiskan pengajian asas, tahun pertama dan kedua di universiti dalam negara, sebelum dihantar ke luar negara untuk pendedahan pada tahun ketiga atau terakhir di universiti luar negara.

“Pada tahun 2017, kerajaan telah meluluskan pemberian biasiswa MARA dengan peruntukan RM2 bilion. Dakwaan kononnya MARA menghentikan tajaan ini sebenarnya satu pembohongan besar,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2017 peringkat kementerian di sini hari ini. – K! ONLINE

Sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz4VKvM72Px

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.